Assalamualaikum. Haiii lama aku tak update. Hee aku ada banyak draf untuk entry2 aku tapi tak habis taip. In the end aku abandoned ja mcm tu. Huhu sorry sangat. Ini hari aku nak cerita pasal semangat juang yang tinggi. Hee. Kenapa aku cakap tu? Well, i wouldnt have the guts to say it if i havent face it yet. But i did it and i succeed in my own goal so i believe everybody else can do it too. Tengok, habis idea lagi. Tak tau apa nak taip itu la pasal aku tak boleh jadi penulos novel.
Sebenarnya la kan, aku tak kisah jugak jadi gemuk ka kurus kerempeng ka sebab yang penting aku jadi diri aku sendiri. Tapi camana aku boleh berubah jadi begini? Banyak penyebab-penyebab yang menyebabkan aku menguruskan badan. Hahahaha. Mo tau sapa? First sekali pastinya en piratz ku sebaaaaaabbbb dia la memang tukang mengolok aku gemuk. Kedua, bestfriend aku macek andi goyang sebab dia pun sama gemuk jugak macam aku hahaha. Ketiga, classmate2 degree n housemate aku. Classm8 n housem8 ku tak da la mengolok tapi dorang ada banding2 kan aku time diploma and time degree. Finally, family aku haha. Kenapa aku ketawa? Dorang tak kisah pun aku gemuk sebab dulu2 time sek menengah aku cerewet makan jadi tu la aku kurus, tapi time aku gemuk tu dorang happy lagi sebab aku tak cerewet makan and aku lagi yang kasi habis makanan2 dalam periuk2 n almari di rumah. Hahaha.
Akhirnyaaaaaa aku ambil keputusan untuk mengubah cara pemakanan aku. Aku mula cari2 di google cara2 untuk turunkan berat badan. Tapi yang pastinya aku mau cara yang sihat tanpa pengambilan sebarang pil2 kurus atau diet keras yang tak sihat. Sebenarnya aku ambil masa jugak untuk turun berat badan sebab ada cara diet yang rak sesuai dengan aku. Hujung2 tak da penurunan. Mau tau kronologi kisah penurunan berat badan ku? Ok, keep reading !
Semester 2, 2012
Aku mulakan diet aku dengan mengamalkan makan tengahari tapi skip makan malam. Bila makan tengahari, waktu kelas petang aku mengantuk gila sebab makan berat kan. Bila malam menjelang tiba....jengjengjeng..perut krongkrengkruttt sudah berlagu2. Ku cuba tahan, aku minum nestum la, makan biskut lah, last2 makan magie. Tak tahan lapar kena2 lagi jam 9 10 mcm tu. Huiiii giloss punya lapar. Haha. Hujung2 nya, tak da penurunan. Aku tetap dalam range 60kg. Huhu betapa sedih hati ku sebab penat tahan lapar tapi sia2 ja.
Semester 3, 2013 ~ Semester 4, 2013
Nasib aku ne rajin cari d internet cara mo diet yang sihat gituuu, jadi aku ada jumpa di satu blog be yang dia cadangkan kita turunkan berat badan ala2 berpuasa gtu. Sebab nya, kita mesti ambil breakfast, macam sahur la. Pastu tengahari kita skip makan tapi kalo lapar boleh saja minum susu ka milo ka cecah2 biskut sihat macam jacobs tu. Tak pun boleh makan buah epal atau pear, malam baru kita makan berat. Mula2 aku tak dapat ikut sebab aku ne jenis susah breakfast pagi. Asal bfast ja mesti perut aku meragam mo 'berry'. Haha tapi aku ubah, time bersiap ke kelas tu pastikan sudah berry baru p breakfast. Lepas tu okey dah and ini lah yang aku amalkan sampai sekarang. Sehingga hujung sem 4 tu, aku dapat turunkan berat ku sehingga 54kg. Memang target aku turunkan berat badan sampai 53-54kg mcm tu. Kiranya aku dah capai target la kan?
Semester 5, 2014
Sekarang aku dah masuk sem 5, target aku cuma unuk maintainkan berat badan aku ja. Tapi sejak berat aku dah turun, perut aku pun jadi mcm kecil dah. Makan ckit dah kenyang hee. Ok jan jeles. Mungkin sebab dah kc besa kurangkan makan, tu lah macam tu. Sekarang baru mula 3minggu kuliah, berat aku turun lagi 2kg. Jadi sekarang berat badan latest aku 52kg. Ok sila jan jeles lagi. Hehehe aku tak berapa happy jgk kalo sampai 52kg, sebab target aku sampai 53kg ja. So i dont wish for any downsizing anymore. Ini pun seluar aku boleh jatuh macam tu ja kalo tak pakai tali pinggang adede T.T . Leceh lagi lah kalo nak beli2 seluar lagi hehe.
Jadi apa kesimpulan cerita aku hari ini? First sekali, jangan sesekali kelemahan sesorang itu dikatakan apalagi dikeji atau dihina sebab dia akan ambil kata2 itu sebagai kata2 semangat untuk merubah dirinya. Bukan bermaksud dia hidup untuk pleased kan orang lain tapi dia ingin mematikan mereka dengan semangat yang dia tunjukkan. Jadilah macam aku, aku tak nak orang tu improve apatah lagi orang yang tak disuka jadi aku tak pena komen apa2. Haha lulz. Tidak lah, kalo aku tak nak orang lain improve buat apa lah aku bagi tips2 aku kan? Cuma satu yang aku minta, kalo mo buat sesuatu sila lah buat dengan sepenuh hati sebab diri kita sendiri akan bangga bila dapat apa yang kita impi2kan.
Assalamualaikum ^w^


0 comments:
Post a Comment