Friday, 20 May 2016

Pengalaman Ibu-to-be 😍😘


Assalamualaikum, hai mommies. Alhamdulillah hari ne saya genap 30 minggu pregnant. Hari ne kita mo ceta apa? Setiap ibu mengandung pasti mempunyai cerita yang tersendiri tentang kehamilannya kan? Begitu jugak saya yang bagi saya agak mencabar di dua bulan pertama.

Saya berkahwin dengan cinta hati saya pada 6 Jun 2015 dan disahkan mengandung lebih kurang 4 bulan kemudian iaitu 23 Oktober 2015. Tapi sebelum saya tau saya pregnant.... Jengjengjeng hehe 😉😉 Saya dengan husband memang cinta jarak jauh la, saya d kota kinabalu dia d sarawak jadi harapan untuk hamil cepat tu memang saya tidak letak tinggi.






Kami sekeluarga pergi ke umrah pada 24 Nov 2015 selama dua minggu dimana pada masa itu saya sebenarnya sudah mengandung tapi saya tidak tahu! Kenapa? Apakah saya tidak rekod period table saya? Rekod...tetapi untuk pergi ke umrah tu, doktor cadangkan kami yang wanita untuk mengambil ubat tahan haid SEMINGGU sebelum dijangkanan haid kerana sepatutnya pada hari kami berangkat itu adalah masa-masa yang saya sepatutnya haid. Jadi sudah pasti la saya tidak mengjangkakan yang saya akan hamil.

Saya pulak rupanya jenis yang tidak ada sebarang morning sickness seperti yng kebiasaannya ibu lain alami seperti muntah muntah, loya, tiada selera makan dll 😅😅 semuanya berlaku pada masa dan waktu yang tidak dijangkakan.

Sedangkan pada hari kami ke Umrah saya sudah hamil sebulan dengan total perjalanan BKI-KUL-JED-MADINAH mengambil masa lebih 24 jam! Kerana kami terperangkap d Jeddah dengan pengurusan imigresen mereka yang sangat lambat dan strict.







Sehari dua d madinah okey lagi, tapi masuk hari ketiga simptom-simptom awal kehamilan sudah menunjukkan tanda-tandanya iaitu gastrik, senak perut dan dada. Tapi saya tidak tahu saya hamil sebab saya menang ada history gastrik dan sakit nya pun lebih kurang seperti yang sebelum-sebelum ini. Bayangkan lah dari hotel kami berjalan kaki ke masjid nabawi dan kaabah bukannya dekat tapi saya gigihkan sebab bila lagi ada peluang untuk pergi ke rumah Allah.

Sepanjang dua minggu saya terpaksa menahan sakit saya dan disebabkan saya tidak tahu saya hamil, saya pun ambil ubat gastrik, ubat tahan muntah dan macam2 ubat lagi lah tapi masih tidak berkesan. Bagi saya itu lah cabaran terbesar sepanjang kehamilan kerana dua minggu terpaksa menahan sakit. Mungkin ini juga salah satu cara Allah menghapuskan dosa-dosa kecil saya. 😌😌

Apa yng merisaukan saya sekarang ini adakah ubat-ubatan yang saya ambil itu akan memberi kesan kepada baby saya? Itu yang saya tidak pasti...apa-apa pun saya berharap baby saya sihat sahaja kerana sepanjang scan dengan private atau gov doktor cakap baby saya aktif dan sihat. Dan saya masih ada lebih kurang 10 minggu lagi sebelum melahirkan.

Okeyyy saya sambung di next entry ya 😌



0 comments: