Apa yang kita pandang tidak semestinya hakikat sebenar. Selagi kita tidak dengar dari mulut orang itu sendiri, kita tidak akan pernah dapat memahami mereka. Setuju? Banyak kegunaan social media ne, tapi kalo digunakan dengan cara yang tidak berhemah, pastinya akan menimbulkan pertelingkahan. Tak gitu? Aku faham dengan apa yang ko maksudkan. Tapi kita tiada hak untuk menghukum seseorang itu dengan apa yang kita pandang! Malahan kita tiada hak untuk menghina apatah lagi mengutuk ciptaan yang maha Esa.
Kak ku cakap aku punya hati yang lembut, cepat kasihan kan orang. Aku pun tak tahu lah. Ya kah? Bila mereka sudah ceritakan pada ku kejadian sebenar, aku sedar aku sendiri akan kasihan pada mereka tapi pada masa yang sama aku juga merasa geram apabila mereka mempermain mainkan perkara sebegitu rupa. Mereka juga kata aku seorang yang berterus terang. Itu aku sudah pasti. Tapi aku akan pastikan setiap kata2 ku itu berlapik agar tiada hati yang terguris.
Pernah ku baca, apabila seseorang menasihatimu secara tertutup (personal contact), maka ia benar2 menasihatimu. Tetapi jika seseorang itu menasihatimu secara terbuka (social media,etc) maka ia sebenarnya ingin menghinamu. Pernahkah kamu baca kata2 begini? Makanya, menasihati dan menghina itu perkara yang jauh berbeza. Tidakkah kamu akan memalukan dirimu sendiri kerana membuka pekung di dada dengan perangai yang sebegitu rupa?
Thursday, 3 October 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


0 comments:
Post a Comment