Thursday, 3 October 2013

Are You My Silent Reader?

Heyyy assalamualaikum. Bermula oktober ne dah rajin la pulak update balik. Dah baca tajuk kan? So, are you the one? Cause I can see the pageviews how many times my blog is viewed. Macam tak percaya la pulak, ada jgk orang berminat nak baca. Sebenarnya blog ne half half lah, takda lah peribadi apa pun. Hoho. Lagipun ne adalah luahan hati kalo nak berkarang2 bila luahan itu tak dapat di zahirkan di social media yang lain macam fb atau instagram.

Blog best apa? Lecturer ku hari tu ada sebut, kalo nak praktis lancar mengarang boleh start dari buat blog. Itu pasal lah kalo kamu tengok blog aku ne hodoh takda hiasan apa2 sebab aku lebih suka menaip daripada fokus nak cantikkan blog. Aku takda nuffnang segala sebab aku menulis setakat ini bukan untuk mengejar wang. Heyyssshhh tak mau lah aku jaja2 ceta peribadi sama orang ramai. Kalo ada yang baca blog ne terasa sedikit atau banyak, aku minta maaf kehh tapi aku bukannya hina orang pun kan. Terpulang dari interpretasi masing2.

Biarlah orang cakap zaman blog ne sudah lapuk, aku kisah apa? Hheehehehe. Btw thanx kerana sudi jadi stalker I hahahaha. Nanti baca lah lagi yahhh. Kalo rajin sertakan sekali link blog kamu jadi boleh la kita blogwalking hehehe.

Pandang, Dengar, Fahami.

Apa yang kita pandang tidak semestinya hakikat sebenar. Selagi kita tidak dengar dari mulut orang itu sendiri, kita tidak akan pernah dapat memahami mereka. Setuju? Banyak kegunaan social media ne, tapi kalo digunakan dengan cara yang tidak berhemah, pastinya akan menimbulkan pertelingkahan. Tak gitu? Aku faham dengan apa yang ko maksudkan. Tapi kita tiada hak untuk menghukum seseorang itu dengan apa yang kita pandang! Malahan kita tiada hak untuk menghina apatah lagi mengutuk ciptaan yang maha Esa.

Kak ku cakap aku punya hati yang lembut, cepat kasihan kan orang. Aku pun tak tahu lah. Ya kah? Bila mereka sudah ceritakan pada ku kejadian sebenar, aku sedar aku sendiri akan kasihan pada mereka tapi pada masa yang sama aku juga merasa geram apabila mereka mempermain mainkan perkara sebegitu rupa. Mereka juga kata aku seorang yang berterus terang. Itu aku sudah pasti. Tapi aku akan pastikan setiap kata2 ku itu berlapik agar tiada hati yang terguris.

Pernah ku baca, apabila seseorang menasihatimu secara tertutup (personal contact), maka ia benar2 menasihatimu. Tetapi jika seseorang itu menasihatimu secara terbuka (social media,etc) maka ia sebenarnya ingin menghinamu. Pernahkah kamu baca kata2 begini? Makanya, menasihati dan menghina itu perkara yang jauh berbeza. Tidakkah kamu akan memalukan dirimu sendiri kerana membuka pekung di dada dengan perangai yang sebegitu rupa?

Jangan Di Pendam Perasaan Itu.

Apa yang ko rasa bila ko ada sesuatu dalam hati yang dipendam jauh2 dan perasaan tu makin menebal dan tak tertanggung? Kadang hati susah nak luahkan kata2 itu. Tapi bila ditahan akan menekan perasaan kan? Jangan pendam kawan ku... Jangan! Cari lah kawan yang anda percayai untuk meluahkan perasaan itu.

Selalunya lepas meluah kita akan rasa lebih lega dan hati pun akan terasa lapang. Well, I talked from experiences. People ask for my opinion, my thought and so on. Tak salah berkongsi pendapat kan? Mungkin kawan kita ne dah lama sangat pendam perasaan. Dia selalu nak luahkan, tapi tiada masa dan tempat yang sesuai. Dia risau bila dia tak luahkan isi hati ny, orang akan salah sangka dengan nya.

Betul....! Tahniah kerana anda telah menjelaskan perkara yang sebenar kepada ku. Aku sememangnya menantikan penjelasan dari mu tentang mengapa sebegitu rupa tindakan mu itu.

Menjelaskan dan meluahkan sesuatu perkara itu jgk sangaaaaaatlah baik untuk mengelakkan mereka berprasangka buruk sekaligus menimbulkan fitnah ^,^