Assalamualaikum, hai mommies. Hari ne saya mo kongsi sedikit tentang cerita kehamilan saya ne. Ya lah mana yang baik boleh diambil bikin panduan dan yang xberapa nak baik tu bikin sempadan keh. Hee
Sejak saya tahu saya dah pregnant, usia kandungan lebih kurang dua bulan (agak lewat kan? Well ada cerita disebaliknya) saya terus buka buku mengandung kaler putih d k.k 1msia di cybercity. Nurse macam besa lah bekalkan pil2 hematinik yang besa tu, folic acid, iron, vit c dan vit bcomplex. Alhamdulillah saya xda masalah telan semua tu. Cuma agak leceh sebab ada 4biji pil yang berbeza dan masa pengambilan pun berbeza. Untuk penyerapan maksimum, nurse cadangkan saya untuk makan folic acid n vit bco tu selepas makan, iron dan vit c tu pulak sebelum tdo. Make sure perut kosong d antara 1-2 jam sebelum dan selepas mengambil heavy meal, susu milo kopi pun xboleh.

Ne lah ubat2 nya sorry gambar kabur hehehe

Sebulan lepas tu, cek hb drop habis. Nurse cadangkan tukar ke iberet ☝🏽️☝🏽 Nurse suspek saya ada talesemia, then saya dan suami pun kena buat ujian darah d private lab harga rm60++ sorang 😞😞 kelur result, yes saya memang ada pembawa talesemia. Alhamdulillah suami xda.. Syukur la.. Nurse suru saya tukar ubat pegi iberet. Kena beli sendiri, 1 box ada 30 pil harga dalam rm35++ nasib satu hari makan sebiji ja kalo tak naya berapa ratus mo habis sebulan untuk c baby ne hehe.
So sampai lah sekarang saya ambil iberet ja. Tapi hb memang tetap low jugak sebab talesemia akan manipulate bacaan darah kita sebab tu saya xpena rasa pening atau mual2 macam ibu2 anemia yang lain.
Tentang pemakanan sehari harian pulak, saya memang mengamalkan pemakanan yang sihat. Kalo sebelum ne makan memang jarang bersayur sebab cerewet kan, hehe tapi sejak mengandung ne kena fikirkan baby jugak. So pemakanan memang jaga semua heavy meal mesti ada sayur, mesti makan buah. Pagi pagi mesti breakfast minum susu anmun dengan nasi lemak atau mee goreng atau roti sandwich. Lebih kurang macam tu lah.

Awal awal pregnant hari tu, konon xmau minum susu ibu mengandung lah sebab nanti baby besar la, diabetes la, obesiti lah. Macam2 alasan haha. Acah2 mo minum dutch lady ja kunun. Tebiat betul macam murah susu kotak mo minum hari2. Ada dekat sebulan la rasanya minum susu dutch lady, hl suma tu tapi susu tu suma just bekalkan kalsium saja xda nutrient lain.
Sevey punya sevey susu ibu mengandung ne, ada satu customer tu dai mo beli susu jugak dia cadangkan enfamama. Sebab katanya sedap dan tak mual. Saya pun beli lah tapi enfamama ne mahal 😳😳 banding anmum. Bila minum susu enfamama tu, rasanya masyaallah punya sedap 😋😋 mcm nak minum lagi lepas habis segelas.
Tapi minum enfamama sekotak ja sebab xtahan harganya mahal sangat seminggu dah habis sekotak 😟😟 lepas tu bila bandingkan nutrien2 yang ada dengan anmum, anmum lagi win so thats why la tukar terus dengan anmum. First skali try yang coklat, mm sedap ok lah xda masalah. Habis sekotak try lagi yg flavor original. Pun sedap nyum2 dan sanpai lah sekarang xtau dah berapa kotak habis hehe.
Kenapa kita mesti minum susu ibu mengandung? Kenapa susu lain xboleh ka? Macam dutch lady semua tu? Ne pendapat dan pengalaman saya sendiri.... First sekali, kita minum susu ibu mengandung untuk dapatkan bermacam khasiat seperti tenaga, kalsium, folic acid, magnesium, iron, vit2 yang penting untuk badan, dan macam2 lagi nutrien yang penting kalo kita baca kandungan di box susu tu. Tapi kalo kita minum susu dutch lady, hl suma tu, kita just dapat kalsium semata2, harga pun lebih mahal! Bukan tu saja, sepanjang kehamilan, kita berhadapan dengan risiko kaki bengkak, krem waktu tido, lenguh2 badan semua dan insyaallah dengan mengambil susu ibu mengandung risiko itu dapat dikurangkan sehingga 70% (pengalaman saya) alhamdulillah esok genap 7 bulan 3 minggu saya xpena lagi kaki bengkak atau krem mungkin sebab saya strict dengan penjagaan makan dan minum saya.

Saya juga mengambil Caltrate sebagai sumber kalsium tambahan saya....sekiranya saya travel dan susah untuk kita mo bancuh susu semua tu kan leceh lagi mo bawa susu tepung, botol shaker tu. Paling senang bawa pil ne ja n ambil selepas makan. Alhamdulillah kesannya sama seperti minum susu anmum suma tu. Cuma dia bekalkan kalsium saja lah.
Itu sahaja supplemen utama yang saya amalkan dari awal pregnant sampai sekarang iaitu iberet dan anmum. Masa awal2 pregnant tu takut ambil supplemen tambahan sebab baby belum kuat kunu.. Tapi bila da masuk trimester ketiga saya dah pertimbangkan utk mengambil supplemen tambahan supaya mudah untuk beranak insyaallah. Semoga berjumpa lagi assalamualaikum 🤗🤗