Sunday, 25 August 2013

Alahai Hantaran Kahwin.....

This is definitely a good topic to be discuss on. Kenapa harga hantaran mahal sangat??? Omg, seriously parents......are u trying to sell your daughter?? Mungkin aku patut menjangkakan ini, yang aku mungkin tak akan berkahwin. Atau pun aku kawin umur 35++.

Yahhh...mungkin itu akan berlaku.. Aku juga patut menjangka kan yang future husband aku mungkin tidak mampu menunggu lebih lama lagi utk mengumpul rm20k++. Insane right? Argghh aku rasa sangat gila.

Berbaloi kah jual anak dengan harga setinggi itu dengan alasan untuk buat walimatulurus yang grand?di hotel?dewan?bunga telur yang cantik?kita kawin untuk apa?untuk kasi makan tetamu?adakah kita hidup sehari ja?bermati matian kumpul duit untuk menjadi raja sehari. Lepas tu? Besok nya dan hari hari seterusnya? Ko xperlu makan ka? Xperlu baju? Xperlu fasiliti yang lain?

Banyak artikel yang aku baca dan dengar berkaitan harga hantaran ni....kebanyakan mereka yang kawin hantaran mahal2 suma nya BERHUTANG semuanya kerana ingin mencapai harga hantaran yang diminta, oleh orang tua sebelah perempuan itu. Ada yang xberhutang tetapi........lepas kawin dorang sudah habis suma simpanan yang dorang simpan sebab kos kawin sangat tinggi. Hujung2 nya lepas kawin beberapa bulan duit xda, hutang keta, rumah, makan suma menyesak diri mereka, akhirnya? BERCERAI......

Adakah itu yang di mahukan oleh orang tua ku?? Aku xsanggup menempuh itu semua. Aku mahu berkahwin, ada anak, ada simpanan dan masih mampu untuk membeli rumah..