Assalamualaikum..
Inilah coretan ku selepas bergelar graduasi. Setelah genap sebulan meninggalkan UiTM, rindu bertandang di hatiku mengenangkan memori-memori sepanjang 3 tahun menimba ilmu d sana. Jujur ku akui banyak kenangan manis dan pahit yang telah kami lalui, suka-duka dihadapi bersama. Aku sangat bersyukur kerana mempunyai sahabat-sahabat yang sangat mengambil berat terhadap diriku dan pelajaranku. Mereka lah yang membangkitkan semangatku untuk bersaing secara sihat samada dari segi pelajaran mahupun hal-hal lain. Semangat juangku untuk belajar dan menjadi insan yang lebih berguna juga adalah kerana sokongan ibu bapa dan kekasihku yang xpernah putus memberi kata semangat sehingga mendorongku untuk melakukan yang terbaik.
Sepanjang 3 tahun perjalanan, aku telah berkenalan dengan kawan-kawan yang sangat baik, namun begitu tetap ada juga kawan-kawan yang aku kenali tidak menyenangi kehadiran diriku didalam kehidupan mereka. Tetapi, kebencian mereka terhadap diriku juga adalah antara penyuntik yang aku mampu mengatasi semua itu malahan berjaya mendapat keputusan yang lebih baik. Terima kasih Ya Allah, terima kasih kawan-kawan. Saya sangat menyayangi kamu semua. Anggaplah apa yang telah kita lalui sebagai episod perjalanan anak muda yang sedang bertatih untuk mencapai kejayaan.
Ketika zaman persekolahan dahulu, aku sangat suka berkarya terutamanya puisi seperti sajak, pantun, haiku dan lain-lain. Salah sebuah karya ku bertajuk “SEPERTI” yang aku tujukan khas kepada sahabat-sahabat ku..
SEPERTI
Seperti permata indah
Yang berada di serpihan kaca
Sukar untuk dibeazakan
Diantara hak dan batil
Seperti seorang sahabat sejati
Kasihnya padamu
Penuh keikhlasan
Tanpa perasaan lain yang tersirat
Seperti hati ini
Walau telah dilukai
Tak mungkin akan berubah lagi
Seperti bulan yang menunggu purnama
Seperti seorang sahabat sejati
Yang menunggu kepulanganmu
Kembali ke jalan yang benar





0 comments:
Post a Comment